Pages

Saturday, August 11, 2012

Hidup seorang pejuang

Saturday, August 11, 2012
Hai. Assalamualaikum.

"Banyak orang mengeluh, sulitnya untuk mengubah orang lain. tetapi tahukah wahai saudaraku, bahawa yang paling sulit sebenarnya untuk mengubah diri sendiri. Bila diri sendiri sukar diubah,apatah lagi mahu menuntut orang lain untuk berubah?

Masalahnya, ada juga orang yang sudah ingin berubah tetapi keadaannya belum membiarkannya untuk berubah. Ada juga orang yang sudah bermula untuk mengubah perangai negatifnya, sifat buruknya, tetapi langsung tidak mendapat penghargaan dan perhatian dari orang terdekat dengannya. Akibatnya, dia merasa sia-sia berubah diri...

Ada juga yang berani mencari perhatian dari sekitarnya maksud hatinya mahu memberitahu pada dunia kalau dia sudah berubah. Tetapi cemuhan dan kata-kata sinis yang dihadapinya. Ada yang akhirnya trauma untuk berubah kerana dikatakan hipokrit.

Kenapa kita harus mencemuh orang yang dahulunya free hair sekarang berubah memakai tudung?

Kenapa mahu disindir orang yang dahulunya tidak solat sudah rajin mengunjungi rumah Allah?

Kenapa?

Ya. Ingin saya sampaikan disini ialah kita harus "menghargai" perjuangan seseorang untuk mengubah dirinya, dengan memberi kesempatan padanya untuk memperbaiki dirinya. Berikan sokongan moral dan dorongan kepada mereka yang ingin memperbaiki dirinya, memperbaiki hubungan dengan Allah.

Mudah untuk memcari musuh tetapi sulit untuk mencari sahabat. Mudah mencari pasangan hidup tetapi sukar mempertahankan pasangannya sendiri. Mudah mencari cinta palsu tetapi sulit mencari cinta yang ikhlas. Mudah mencari kesalahan orang lain tetapi sukar melihat kesalahan sendiri. Mudah untuk berpisah, mengapa sukar untuk "bersatu" lagi?

Mudah memberikan "label" pada seseorang, tetapi mengapa sukar mencabut "label" yang sudah diberikan?

Fikirlah untuk kesekian kalinya, siapa je kita nak mengkiritik orang?"

Tu dia, copy via papan kenyataan badar smkakl. Pengajaran pandai-pandai lah amik sendiri.

There's one more, wait..


Tiga tahun mengenali arwah. Tiada penyesalan. Kini tiba masanya arwah pergi meninggalkan kami. Meninggalkan keluarganya. Menemui pencipta yang maha agung.Hakikat tetap hakikat. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk melangkah ke ruang kehidupan baru, tanpa dirinya. Alangkah terkilannya saya kerana tidak dapat melihat wajahnya untuk kali terakhir. Masih terasa seperti mimpi. Menunggu ditepi telefon mengharapkan mesej darinya. Mengonlinekan diri mengharapkan teguran darinya. Tetapi disudut yang lain, saya tahu pemergian arwah haruslah direlakan. Siapalah saya nak mengubah takdir? Pasti ada hikmahnya. Bagi mereka yang sangat memahami perasaan saya, terima kasih banyak-banyak. tetapi kepada yang mempunyai padangan yang berbeza, maaf. amda masih tidak mengenali saya. Kini ketahuilah semua, ajal maut tidak mengira umur, masa, tempat, lelaki mahupun perempuan.. Bila sudah sampainya, nak menyesal? Dah sia-sia. Jadikan semua ni sebagai pengajaran. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat. Dipermudahkan urusannya disana. Ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman.Digolongkan digolongan anak-anak yang soleh. Al-Fatihah.



"Bila sahabat, pasangan anda yang lalu, tidak dapat kembali disisi lagi. Jangan kuatir, pasti masih banyak orang yang ingin menerima anda menjadi sahabat, saudara ataupun pasangan anda. Jangan menyerah..Tidak seorang pejuang yang mudah mengalah." -via  papan kenyataan badar. Inspirated me.

Luahan hati.
-CikSiti
Welcome! © 2014